Bismillahirrahmanirrahim .
Eh? Tajuk post lain macam . Tidak seperti post - post yang terdahulu . Lebih straightforward . Cerita kahwin? Siapa yang nak kahwin? Aku kah? Of course lah . But not soon . :D [ controversial statement duhh ] InshaAllah .
Prolog
Januari 2014 ; salah seorang dari kawan ( or best if I call her sister ) BWP MRSM TGB dah pun selamat mendirikan rumah tangga . Membina mahligai yang sangat indah tapi penuh pancaroba . Ceh ayat aku . Sorry dah lama tak menulis kot . Melihat Ella or Sharifah Siti Nur Fadillah tersenyum bahagia di samping suaminya yang tercinta , aku bertanya pada diri aku. Aku bila lagi ? 'Ewah , over Syira ni .' Kata aku pada diriku sendiri . Tapi tak salah memasang impian kan . Ewah ewah . Mulalah hormon aku nak merembes dan tahap keinginan nak mendirikan rumah tangga tu sedikit demi sedikit datang .
Tapi STOP! Aku cepat - cepat menghalang diri aku dari terus berimaginasi . Terus lauk - pauk yang terhidang atas meja aku jamah . Sedikit demi sedikit kenangan dengan sisters and brothers BWP datang menerjah ruang fikiran . Meeting , sesi 'curhat' or curahan hati , birthday party , roll call, kem kepimpinan dan segala detik - detik yang dilalui bersama - sama suatu masa dahulu bermain di fikiran macam movie yang diulang tayang . Dan kenangan itu sedikit demi sedikit membuat aku tersenyum sambil mengalirkan air mata . We've grown up now . And those BWP siblings have left me good memories in my life .
Okay cerita kahwin belum habis lagi . Jauh pulak menyimpang . Anyway congratulations to Ella and her sister yang mendirikan rumah tangga .
Verse 2
Siapa jodoh aku ? Siapa jodoh kita ?
Flashback . Minggu peperiksaan akhir semester 1 . My roommate , Fifi yang baru balik tiba - tiba menawarkan satu novel yang bagi aku agak popular . 'Cinta High Class' karangan Ustazah Fatimah Syarha dan 'Cintaku kerana Agamamu' karangan Dr Farhan Hadi . Alamak , aku ni dah la jenis yang kalah dengan novel ni . Terus nota Electrical Circuit Analysis (ECA) aku tolak ke tepi . Mengamati satu persatu ayat dalam novel tu , aku semakin jatuh cinta ( pada novel tu , bukan pada orang ) .
Fuhh. Sekadar buat review pun aku rasa cerita tu terlalu awesome untuk dibaca. Preparation sebelum kahwin . Itu point yang aku paling berminat untuk baca . Bukan preparation like tempahan dewan or kad jemputan . Tapi preparation diri . Untuk menjadi isteri , ibu , and at the same time tetap seorang anak perempuan yang solehah. Terkedu sekejap . Tanya balik diri sendiri ; dah bersediakah? Jawapan aku mestilah belum . Not even 50% kot ? Wallahualam .
Verse 3
Still flashback.
Masa shower. Kata orang masa shower tu adalah masa untuk mandi at the same time memikirkan masalah dunia yang berlaku di sekeliling kita . Dan aku , salah seorang dari golongan awesome itu pun mula terfikir tentang kriteria - kriteria yang patut ada pada diri bakal suami aku . Satu persatu aku list .
TAP! Paip air hujan aku tutup . Nasib baiklah paper ECA baru je habis siang tadi . Kalau tak sia - sia masa aku habiskan dalam shower fikir pasal kahwin ni . Kalau dikira -kira , setengah jam tadi boleh diisi dengan membuat Mesh Analysis pada satu litar . Hahaha . Sorry saya budak belajar Elektrik . :(
Tapi khayalan aku tak terhenti di situ . Selepas solat aku terfikir , siapa aku nak menetapkan kriteria bakal suami aku kalau aku pun tenggelam timbul ? Maksudnya aku pun bukanlah baik sangat . Yalah , kalau kita pun tak baik , macam mana nak dapat suami yang baik? Bukankah lelaki yang baik untuk wanita yang baik sahaja? Menangis sekejap . Terus list yang dicipta dalam bilik air tadi terhapus dalam fikiran . Terasa diri masih jauh untuk memikirkan perkara - perkara sedemikian .
Perkahwinan . Jodoh . Memang dah ditakdirkan . Tapi , jodoh itu tidak pasti . Samar - samar . Ada yang meninggal sebelum sempat mendirikan rumah tangga . Jadi , kematian itu lebih pasti . Jadi lebih baik bercinta dengan Pencipta . Dan Rasul-Nya . Serta seisi makhluk di atas bumi ini yang masih menagih cinta kita . Siapa? Saudara - saudara se-Islam yang ditindas , kanak - kanak , golongan - golongan yang teraniaya . Ramai lagi . Dan cintakan ilmu .
Untuk masa dan saat ini , hanya cinta itu perlu difokuskan . Belum tiba masa untuk cinta lain .
Verse 4
Balik semula ke masa sekarang . Jelas dan padu . Itu sahaja dua perkataan yang mampu diluahkan tentang apa yang aku fikir sekarang .
"To have a good husband , I must be a good wife."
Tiiiit. Cukup sampai situ sahaja 'cerita kahwin' dalam diri aku yang masih berusia 19 tahun ni . Tiada perancangan bertunang atau menikah pun sebenarnya . Yang ada cuma kesedaran - kesedaran yang timbul tentang alam perkahwinan yang mungkin akan aku tempuh kelak . Mungkin juga tidak . Jadi angan - angan yang dipasang sekadar aku letakkan di persisiran fikiran . Itu rahsia Allah yang tak diketahui . Sama seperti mati. Bezanya , mati itu pasti. Jodoh mungkin kelak hanya bertemu di syurga. Allahuakbar .
Yang penting adalah diri aku . Diri kita. Sekarang . Bagi aku , perjuangan utama aku sekarang cumalah menimba ilmu . Dan mengamalkannya . Ilmu tanpa amal , bukankah umpama pokok tanpa buah ?
Dearies , perkahwinan pun memerlukan ilmu right? Jadi bagi diri aku yang terkontang - kanting ni , ilmu perlu digali lagi . Biar sampai ke kerak bumi . (Because 'biar sampai ke lubang cacing' is too mainstream) .
Haha . Jadi wedding story aku akan berhenti di sini . Semoga dapat mengetuk sedikit hati insan - insan yang Allah pilih . Tentang hakikat hidup . Sebabnya , ada juga di kalangan kita yang sering diingatkan tentang jodoh dan pertemuan . Tetapi ajal ? Eh , aku la tu salah seorang daripadanya .
Orang - orang yang bijak adalah orang - orang yang mengingati kematian .
Epilog
Mr. Right untuk aku sekarang mungkin sedang berada di bumi atau di alam lain . Semoga dia berada dalam perlindungan Allah SWT sentiasa . Begitu juga diri aku .
Eh jap , baru perasan .
Ni bukan cerita kahwin .
Tapi ni cerita kahwin Syira .
*peace
Wassalammualaikum w.b.t :)
Because I'm just an ordinary person who is still and will always learning , tell me if there's anything sounds wrong . Heheh . Maybe my opinion lari dari fahaman agama ke ? Tak nak dituduh sesat . Wehee.