Wednesday, 13 June 2012

Confectionery 2 : Sweetness & Bitterness - Parts of Life

Assalammualaikum, Annyeong, Hello, Konichiwa ^^

Common greetings, but full of means :) Hai all sweeties we meet again~

Kali ni nak share satu story lain. Tentang seorang hamba Allah yang alhamdulillah masih hidup sampai sekarang :) Jadi aku sangat berharap sweeties yang baca kisah ni boleh ambil pengajaran supaya tak mencontohi apa-apa yang tak baik dari dia ni, ya? ^^

So let me named this person as 'aku' ;)

Tahun : 2012

Sehari sebelum keputusan SPM keluar...
Abah aku baru balik dari kerja. Macam biasa around pukul 7. Dalam kepenatan tu, dia sempat bertanya,

"Angah, result keluar esok, kan?"

"Haah abah. Abah jangan cakap abah lupa ambil cuti pulak?"
aku bergurau.

Padahal dalam hati dah gabra gila x3

"Ish...takdelah. Sebenarnya tadi kawan2 abah ada discuss dengan abah. Diorang semua tak support awak ambil engineering after SPM ni. Diorang nak awak ambil medic..."
tiba-tiba abah aku cakap macam tu. What? terkejut kera lah aku. No way! Aku tak berminat langsung nak ambik medic. malam tu aku tidur dengan penuh kekeliruan. Apa ni? kenapa tiba-tiba paksa aku ambil medic? Diam2 aku berfikir, patut ke aku ikut je cakap abah...?


After result keluar...


Alhamdulillah. Keputusan aku memuaskan, setimpal dengan usaha aku selama ni. Macam biasa, semua orang start cari scholarship. aku pun, macam orang lain, apply je apa yang ada depan mata. baik syarikat minyak sampailah syarikat telefon...baik biasiswa kerajaan sampailah biasiswa swasta...semua aku apply for engineering...cuma upu je aku isi asasi sains hayat, itupun sebab masa tu aku terfikirkan kata-kata abah...

'takpelah, satu je yang untuk medic pun, sekurang-kurangnya kalau abah tanya, aku boleh bagitahu yang aku ada apply medic...' 

tulah kata hati aku masa tu. Dalam hati memang aim engineering je. At the same time, aku berdoa kata-kata abah before result keluar tu cuma satu gurauan...

Nak dipendekkan cerita, first tawaran yang aku dapat panggilan temuduga untuk Program Ijazah Berkembar Jepun by Yayasan Pelajaran MARA (JADYPM). Masa tu keyakinan aku meningkat sebab abah sudi hantar aku pergi temuduga tu. Dalam fikiran aku, mestilah abah sokong cita2 aku, kan? ^^

Second tawaran, result upu pun keluar... Alhamdulillah, dapat UM, Asasi Sains Hayat. Masa tu aku fikir...alamak! nak ambil atau tak? ikutkan hati aku awal2 nak reject sbb aku tahu kalau aku ambil asasi sains hayat maknanya aku merelakan diri aku untuk ambil medic...(padahal boleh je ambil eng.) Dalam kegawatan kepala aku fikir pasal tawaran tu, result MARA pun keluar. "Panggilan temuduga Program Engineering Korea"~ Wah! bukan main seronok sebab aku memang nak ambil engineering plus kat Korea pulak tu :) Sambil belajar, boleh lah nak jumpa artis2 yang aku minat kan? (bolehlah sangat nak jumpa?!! :P). So aku pun bagitahu abah aku. Dia cakap,

"Hah, okaylah tu. Awak kan suka tengok drama Korea."

aku pun terus tersenyum bila abah cakap macam tu. Tapi aku tak tahu ekspresi abah yang sebenar, sebab aku cuma bagitahu through telefon. Sebab masa tu abah tengah outstation. Tanpa aku ketahui yang sebenarnya abah......


A day before hari temuduga MARA...

Kat kedai makan, abah baru balik dari outstation. Aku ingatkan dia balik pasal temuduga esok. Tiba-tiba di luar jangkaan aku, dia tanya:

"Awak ni nak jadi engineer ke doktor? Awak tak ingat apa yang abah bagitahu awak? It's better for you to be a doctor, Angah."

Suara abah yang tinggi masa tu membuatkan air mata aku pun macam kejutan elektrik nak keluar jugak. Tapi aku tahan sebab kat public, kan? Balik tu aku mengadu semua kat kakak aku. Finally aku decide nak pergi jugak temuduga tu. No matter what! I still wanna be an engineer, bukan doktor!

Esok harinya dengan separuh hati abah hantar jugak pergi temuduga tu. Even dia penat. Bila aku fikir balik sekarang, aku tak tahu nak cakap macam mana. Abah...kenapalah anak abah yang sorang ni degil sangat...? :(
Balik tu, abah tanya lagi. I mean agak memujuk. Abah cakap,

"Angah, pergilah UM... Semua orang harapkan angah..."
Masa tu aku dah mula rasa serba salah. Memikirkan yang aku mungkin dapat atau mungkin tak dapat MARA masa tu, aku pun decide...
"okay lah abah. I will go...tapi kalau angah dapat MARA, I'll out from UM..."

So, mulalah 3 minggu yang sangat busy buat preparation untuk masuk UM. First nak buka akaun bank Islam, masa tu pulak i/c aku rosak. Petang tu jugak abah bawa pergi pejabat pendaftaran kat Putrajaya sebab nak dapat i/c secepat mungkin. Padahal masa tu abah tengah busy preparing sebab esoknya nak kena pergi outstation lagi. Masa masuk dalam kereta, abah cakap

"Sebenarnya abah belum lunch lagi. tapi office tutup pukul 5.30 petang. Abah takut tak sempat."

Masa tu dah pukul 3.30. Yelah, Putrajaya dengan rumah aku bukannya dekat. Dalam hati aku fikir, abah memang nak aku masuk UM...

Second, nak buat medical check up. Sebab nak jimat nak buatlah dekat General Hospital. Pergilah dengan kakak aku sebab abah outstation kan... kakak pulak tak berani nak drive dalam kl. Naik monorail, bas, jalan kaki almost 1 KM. Bila sampai dia kata kena bayar RM130, baru boleh buat check up. Oh~mana bawa duit banyak tu... So balik je minta duit dengan mama dulu...second day datang balik. Kali ni bawak duit cukup2 RM 130. tiba-tiba dia kata up to RM 160. Mama cakap, baliklah dulu. Baik buat kat klinik swasta je. Lagipun result keluar lambat, 6 Jun. Padahal hari daftar 27 Mei... k fine, baliklah dgn muka kecewa... -_-'
Bila buat kat klinik swasta, bayaran RM 280. Abah cakap mahal sgt. Tapi aku dah malas nak pergi GH balik, penatlah... Kakak aku pun dah mengadu,


sorry sis, love you >-<

"Nasib baik along ada nak temankan awak buat medical checkup. Penat tau jalan hari-hari...".

lastly aku keluarkan duit sendiri je. Abah cakap dia tak nak bayar.

Tapi akhirnya dia ganti jugak balik. Padahal sebenarnya abah sangat nak gunakan duit sebab bulan 6 nanti abah kena pergi Australia...at the same time, kereta pulak rosak tak mahu gerak...nak baiki kereta sebab nak hantar aku daftar nanti pun perlukan duit kan?

The next week, dah dapat i/c, aku pun pergilah uruskan urusan pembukaan akaun yang tertangguh. Tiba-tiba dekat bank aku dapat panggilan. Pihak JADYPM cakap aku berjaya temuduga. Alhamdulillah...Tapi dalam masa yang sama aku teringat...


#Flashback...

"Sebenarnya abah belum lunch lagi. tapi office tutup pukul 5.30 petang. Abah takut tak sempat."
"Nasib baik along ada nak temankan awak buat medical checkup. Penat tau jalan hari-hari..."
Fikir juga mama yang sangat gembira bila tahu aku dapat UM, dia terus cium pipi aku. Aku fikir balik, sedalam-dalamnya. Dah sejauh ni semua orang susahkan diri untuk aku masuk UM, patutkah aku berhenti separuh jalan dan pergi untuk Program JADYPM tu?

Aku pun text Zul, sebab dia pun dapat jugak. Zul cakap dia pergi, atas sebab2 yang aku rasa aku tak patut bagitahu kat sini. Tanyalah Zul sendiri :) Jadi dengan berat hati aku cakap,
"Sorry, saya tolak tawaran ni..."

Bila aku tengok Zul update cover photo bertemakan Japan, aku teringat balik saat2 aku kena temuduga, masa aku hantar borang, sebab semua aku uruskan sendiri, aku jadi sedih.
Kalaulah aku tahu awal2 semuanya akan jadi macam ni, baik aku tak payah apply pun scholarship tu...

So dipendekkan cerita lagi, aku pun daftarlah kat UM. masa tu memang separuh hati sangat2. Salah aku juga. Sepatutnya aku fikir dalam2. Masa tu harapan aku cuma satu,
MARA...

Bermulalah kehidupan seminggu aku yang dipanggil Minggu Haluansiswa. Memang torture gila2. Malam 29 Mei, ada orang bagitahu yang dah boleh check MARA. Masa tu aku fikir, Ya Allah janganlah aku dapat sebab nanti aku kecewa. sebab before tu aku text kakak aku cakap yang kalau aku dapat MARA, aku akan pergi. Tapi kakak aku balas,

"Awak tak kesian mama dengan abah ke...? Masa kitorang balik kampung after hantar awak daftar hari tu, abah and mama sangat bangga cerita kat family yang awak masuk UM. Perlu ke awak berhenti?"
Aku terkedu.




Tapi aku check juga malam tu...alhamdulillah, aku dapat. Pendaftaran kat INTEC 1 Julai 2012. Masa tu memang gembira tak terkata. Tapi, tak semena mena aku menangis. Aku tak pasti, sebab aku gembira, atau sebab aku sedih bila aku tahu yang aku tak akan dapat pergi...
Aku tak pasti...Malam tu, basah muka aku ngan air mata. Pukul 3 pagi, aku text mama. Aku cakap,

"Assalamualaikum mama. Angah cuma nak bagitahu. Angah rasa angah dah tak nak teruskan dekat UM ni. Angah nak jadi diri angah sendiri. Angah tahu angah buat mama and abah kecewa. But please mama...angah tawaran MARA tu, angah nak pergi..."

Mama tak balas. Esoknya ada exam. Tapi siapa yang nak keluar UM, tak perlu ambil test tu. Straight away aku call mama. Nak call abah, abah tengah atas motor on the way nak pergi kerja. Aku cakap, ma, boleh tak angah nak pergi Korea?

Tiba-tiba mama diam. Tak pasti mama diam sebab nangis ke apa...mama cakap

"Kenapa angah nak mengalah awal-awal? kenapa tak cuba hidup kat UM dulu? Angah...tak kesian kat abah ke? Abah sangat berharap kat Angah tau?"

Again, I heard the same ayat. Ayat yang betul2 menusuk hati aku. Ya Allah, apa patut aku buat? Lepas tu mama dah tak nak cakap dengan aku. Mama letak phone. Aku nak minta maaf tapi kakak aku hantar mesej kata,

"Mama dah tak nak dengar apa-apa."


*crying in the rain*

Fine. Pagi tu hujan turun sangat lebat. tapi aku rasa air mata aku lagi lebat.
Yah, semalaman dah nangis, sambung lagi pagi ni. memang panda eyes =_=

Lastly aku pergi juga exam tu. Dengan mata yang lebam tu, dalam tersedu-sedu aku jawab exam tu.

Fine~ balik ni nak try cakap dengan abah balik. Aku tak nak putus asa!

Malam tu, aku kumpul kekuatan. Aku mesti bagitahu abah perkara sebenar. That night aku cerita segala-galanya. Biarlah suara abah nak tinggi ke, aku cuma nak berterus terang perkara sebenar... lastly abah cakap,

"Angah, buatlah istikharah. Abah dah tak nak paksa awak apa-apa dah..."

Malam tu buat istikharah. memanglah salah aku sebab last minute baru nak buat. Tapi aku buat juga. Tapi esoknya aku bangun, satu je yang terlintas kat hati aku,
Stay UM...

2 Jun 2012

Aku balik rumah. The same day abah nak berangkat pergi Australia. Siangnya abah cakap dengan aku, for the last time,

"Angah, semua orang including my friends kecewa bila awak tak ambil medic. Awak sanggup ke nak pergi Korea and hidup dalam suasana yang berbeza dari Malaysia? Fikirlah baik-baik sekali lagi. Kalau awak kata kuota doktor akan cukup in future, pergilah jadi doktor kat oversea. Masa tu, abah tak kisah dah..." 

Abah cakap,sambil senyum.

Abah, sebenarnya abah tak nak angah pergi Korea sebab nak angah stay Malaysia, kan? :'(

Petang tu around pukul 6. Abah tengah siap2 nak pergi airport after maghrib. aku buka website MARA balik. Alangkah terkejut kera nya aku bila tengok tarikh pendaftaran 3 JUN 2012?!!! bukan 1 Julai ke?

Aku log out, log in balik. Siap disconnect broadband. Sah! Tak salah. 3 Jun 2012!

Abah masuk bilik, 

"Angah, abah nak pergi dah. Tak nak hantar abah ke?" 

Dalam hati aku menangis. Ya Allah, kenapa mendadak sangat penukaran tarikh dia?

Lastly aku fikir, yalah..mungkin ini memang takdir yang tersurat untuk aku. Tak mungkin aku sempat nak uruskan urusan keluar UM, urusan kemasukan INTEC, dalam masa beberapa jam. Siapa pula nak hantar aku mendaftar? Mama? Mama kena jaga adik aku sebab dia tengah kena demam campak yang agak teruk. Aku fikir, patutkah aku teruskan jugak hasrat aku nak pergi Korea? patutkah aku bagitahu segala-galanya kat abah yang dah nak berangkat tu? nak tambah susahkan hati dia lagi? patut ke aku teruskan hasrat aku, dalam masa yang sama menyusahkan hati mama aku yang tengah serabut jaga adik aku yang sakit?

Akhirnya, after solat malam tu, aku berdoa.
Ya Allah, aku redha dengan ketentuan-Mu. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk aku.

Lastly aku mesej Zul, aku cakap aku stay Malaysia...

Agak-agaknya masa text Zul tu, aku gembira ke?

Tak, cuma ada 1 feeling je,
*some text missing*

When I smile, doesn't mean that I'm happy
But when I'm unhappy, doesn't mean that I'm suffering

There's still hope for tomorrow... Believe it :)

the end...


Jadi to be honest, cerita ni bukan luahan hati, cuma aku nak berpesan, sebelum buat apa-apa keputusan, fikir masak-masak dulu. Jangan pentingkan diri sendiri. 

Sekarang ni alhamdulillah aku dah start sayang UM :). Harapan aku cuma satu, aku nak gembirakan hati parents aku. Cita-cita aku sekarang cuma satu, nak berjaya buat foundation. And sekarang aku tengah mencongak-congak nak jadi doktor atau tak xD. Mungkin betul kata-kata kakak aku, kadang-kadang keputusan parents adalah yang terbaik untuk diri kita. apapun yang terjadi, life must go on! 

Lagi satu, apa pun yang parents kata, diorang sebenarnya sangat sayangkan kita. Janganlah sebab kita nak puaskan hati kita, hati parents jadi susah. ingatlah kalau takde parents, siapalah kita??? Apa guna belajar luar negara, ada PHD or master tapi lawan cakap parents? Tak, aku tak cakap yang korang kena ikut je telunjuk parents. kalau ada apa-apa tak puas hati, just talk nicely okay? ^^

Lagi satu isu, kepada orang yang anggap aku dah tutup rezeki dia, aku minta maaf sangat-sangat. Tapi bila aku fikir balik, siapa yang patutnya lebih kecewa? mereka kah? atau aku? entahlah. Maaf aku tak pandai nak tafsir perasaan. baik perasaan aku ataupun perasaan orang lain. Yang aku pasti, hanya Allah SWT tahu segala-galanya.

jadi kepada semua sweeties yang sudi baca catatan aku yang tak seberapa ni, Alhamdulillah aku ucap terima kasih sangat2. Again,aku cuma nak kongsikan pengalaman aku. Ambillah pengajaran dari kisah aku. aku tak mahu bagi conclusion, harap sweeties semua dapat fikirkan sendiri :)

Baik atau buruk diri aku, aku tetap hamba Allah yang tak pernah terlepas melakukan kesilapan. Lastly kepada mana-mana sweeties especially some kawan2 aku yang bagi aku dorongan selama aku down ni, aku ucap terima kasih sangat2. Aku doakan sweeties semua berjaya dalam bidang masing-masing... Amin...:)
Wassalam. See you next time... paii paii all sweeties ^^ <3 you all~
*err sorry story ni takde tajuk* XP

"Sesungguhnya, satu perkara yang paling mudah untuk kita lakukan tapi kita selalu terlupa ialah bersyukur dengan apa yang kita ada..."